Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:
Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.
Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.
Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.
Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:
- Elaun Latihan Tempatan : Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.


- Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan : Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan dibayar gaji/elaun sebagaimana Anggota Tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa dan jumlah hari yang dihadiri.


