Memaparkan catatan dengan label Kemasukan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kemasukan. Papar semua catatan

Selasa, 6 Julai 2010

Latihan AW

KONSEP DAN JENIS-JENIS LATIHAN

Konsep latihan yang dilaksanakan adalah berteraskan kepada latihan asas ketenteraan untuk menyediakan anggota dan pasukan yang mampu bergandingan dengan pasukan tetap sekiranya diperlukan. Latihan-latihan Askar Wataniah dilaksanakan mengikut kemampuan dan kesesuaian masa seperti hujung minggu.

TUJUAN LATIHAN

• Mendedahkan anggota sukarela dengan alam ketenteraan
• Menjadikan mereka sebagai anggota tentera yang terlatih
• Mampu dab bersedia untuk digerakkan ke medan peperangan apabila di perlukan.

Latihan Rekrut
Setiap anggota Askar Wataniah perlu menjalani latihan rekrut selama 30 hari berterusan atau melalui latihan tempatan selama 240 jam iaitu syarat untuk pengiktirafan sebagai Prebet.

Latihan Tempatan
Latihan ini dilaksanakan di lokasi berdekatan kediaman anggota Sukarela. Latihan dijalankan pada masa yang bersesuaian terutama pada cuti hujung minggu. Latihan dilaksanakan dalam tempoh antara 2 hingga 12 jam sehari. Jumlah latihan ini dilaksanakan tidak melebihi 240 jam setahun (pasukan bukan teknikal) dan tidak melebihi 360 jam (pasukan teknikal).

• Dilaksanakan di kem yang berdekatan
• Masa yang bersesuaian terutama pada hujung minggu
• Jangkamasa 2 hingga 12 jam sehari
• Jumlah jam latihan:
1. Tidak melebihi 240 jam setahun @ 20 hari setahun (pasukan bukan teknikal)
2. Tidak melebihi 360 jam setahun @ 30 hari setahun (pasukan teknikal)

Latihan Berterusan
Latihan ini dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa tidak kurang daripada 72 jam dan tdak melebihi 14 hari bagi setiap individu dalam setahun.

• Dijalankan secara berterusan dalam tempoh masa :
1. Tidak kurang daripada 3 hari (72 jam)
2. Tidak melebihi 14 hari dalam setahun
• Dijalankan secara berkelompok di kawasan latihan di luar kem
• Kebiasaannya di laksanakan selama 14 hari setahun yang di pecahkan kepada 2 sesi (7 hari setiap sesi)

Latihan Kem Tahunan
Latihan ini dijalankan secara berterusan pada setiap tahun sebagai kemuncak aktiviti latihan. Latihan tersebut dilaksanakan tidak melebihi 15 hari setiap tahun bagi seseorang individu. latihan ini dilaksanakan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu medan perang, muslihat dan pengendalian senjata serta latihan rejimental.

• Dilaksanakan selama 15 hari dalam setahun
• Dilaksanakan pada penghujung tahun dan merupakan kemuncak segala aktiviti latihan
• Di laksanakan dalam dua peringkat
1. 7 hari di kem
2. 8 hari di medan
• Dijalankan secara berkelompok dengan mengaplikasikan kemahiran ilmu peperangan, taktikal, pengendalian senjata dan latihan lain.

Latihan Anggota Pakar
Anggota Pakar hanya perlu mengikuti latihan kem tahunan selama 15 hari setahun.

• Anggota pakar terdiri daripada:
1. Rej. Semboyan Pakar (Telekom Malaysia)
2. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Pelabuhan (40 RAJD AW
3. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Keretapi (50 RAJD Pakar AW)
4. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Air (60 RAJD AW)
5. Rej. Jurutera Pakar Pengendalian Janakuasa (70 RAJD Pakar AW)

Insentif

Perkembangan Kerjaya

Dalam Askar Wataniah setiap individu berpeluang meningkatkan kerjaya masing-masing dalam pasukan Sukarela dengan mendapat peluang-peluang berikut:

Kursus Kerjaya - Berpeluang mengikuti kursus-kursus kerjaya di Pusat Latihan Askar Wataniah (PUSWATAN) di Ipoh atau pasukan-pasukan penganjur yang lain.

Kursus Fungsional - Berpeluang menghadiri kursus fungsional untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang-bidang ketenteraan.

Kenaikan Pangkat dan Pentauliahan - Anggota-anggota yang layak dan memenuhi syarat-syarat berpeluang dinaikkan pangkat dan bagi anggota-anggota yang mempunyai kelayakan akademik berpeluang ditauliahkan sebagai pegawai.

Imbuhan Elaun - Setiap anggota Sukarela akan dibayar elaun bagi setiap latihan yang dihadiri. Jenis-jenis elaun yang disediakan adalah seperti berikut:

- Elaun Latihan Tempatan : Kadar elaun ini dibayar mengikut jumlah jam latihan yang dihadiri termasuk tuntutan perjalanan bagi anggota yang menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam.



- Elaun Latihan Berterusan/Khemah Tahunan : Semua anggota yang menghadiri latihan berterusan melebihi 72 jam/Kem Tahunan akan dibayar gaji/elaun sebagaimana Anggota Tetap mengikut kadar gaji pangkat semasa dan jumlah hari yang dihadiri. - Saguhati Tahunan (Bounti) : Sagu hati ini dibayar kepada anggota-anggota yang layak mengikut keaktifan menghadiri latihan dalam satu tahun.

- Elaun Pakaian : Elaun ini khusus untuk pegawai sahaja iaitu semasa ditauliahkan dan untuk penyelenggaraan pakaian tahunan.

Kemudahan

KEMUDAHAN YANG PEROLEHI DI DALAM ASKAR WATANIAH

Apakah yang anda perolehi apabila menyertai Askar Wataniah ?

1. Berjasa dengan menyumbang kepada pertahanan negara.
2. Mengisi masa lapang yang sebaliknya akan terbiar sekiranya tidak menyertai sebarang aktiviti kumpulan sosial.
3. Mempelajari kepakaran dalam pasukan Askar Wataniah yang dipilih.
4. Membina dan membangunkan perwatakan tanpa mengeluarkan wang ringgit.
5. Menambah kenalan/sahabat dari pelbagai lapisan masyarakat.
6. Berpeluang melawat/menghadiri latihan di pusat latihan dan pasukan-pasukan di seluruh negara.
7. Elaun semasa latihan hujung minggu dan gaji bagi latihan melebihi 72 jam dan perkhemahan tahunan.
8. Bounti/Saguhati tahunan.
9. Perlindungan kemalangan sama seperti Angkatan Tetap.
10. Elaun Perjalanan ke tempat latihan dan kemudahan perubatan.
11. Layak menyertai Insurans Berkelompok ATM.
12. Cuti tanpa rekod bagi menyertai latihan selama 30 hari dalam satu tahun (bagi kakitangan kerajaan sahaja).
13. Boleh dikerah untuk berkhidmat sepenuh masa mengisi perjawatan tetap dalam kor-kor yang berkaitan bagi mereka yang layak.
14. Layak mendapat kemudahan pembelian barangan PERNAMA PERWIRA NIAGA seperti mana Anggota Tetap.
15. Layak memperolehi kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Askar Wataniah.

Permohonan AW

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Individu yang ingin berkhidmat dalam Askar Wataniah sama ada sebagai anggota biasa (Lain-lain Pangkat) atau pegawai mesti memenuhi syarat-syarat asas seperti berikut:

• Warganegara Malaysia.
• Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
• Sihat tubuh badan.
• Lulus persekolahan sekurang-kurangnya Darjah 6 (Lain-lain Pangkat) atau lulus Sijil Pelajaran Malaysia sekurang-kurangnya Gred 2 (Pegawai).
• Penerimaan tertakluk kepada keputusan tapisan keselamatan (tiada kes jenayah).

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Mempertahankan negara adalah tanggungjawab setiap warga. Jika anda terpanggil untuk sama-sama memikul tanggungjawab ini, anda hanya perlu mendaftarkan diri di pasukan-pasukan berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen berikut :

• Salinan Kad Pengenalan Awam.
• Salinan Sijil Warganegara (Jika ada).
• Salinan Sijil Kelahiran.
• Salinan Sijil Nikah dan Surat Beranak Anak (Jika berkahwin).
• 4 Keping Gambar Warna Ukuran Pasport.
• Salinan Sijil-sijil Akademik/Tamat Persekolahan.

CARA PERMOHONAN

Anda hanya perlu memenuhi syarat-syarat yang telah dinyatakan dan hubungi atau terus melapor ke pasukan-pasukan Askar Wataniah yang berhampiran di tempat anda. Lokasi-lokasi yang boleh dihubungi adalah seperti berikut :

Rejimen 501 Askar Wataniah
Kem Tebrau
80990 Johor Bharu, Johor
Tel: 07-354 1088

Rejimen 502 Askar Wataniah
Kem Sungai Buloh, Selangor
Tel: 03-6156 5688

Rejimen 503 Askar Wataniah
Kem Jalan Tambun
30350 Ipoh, Perak
Tel: 05-254 9342

Rejimen 504 Askar Wataniah
Kem Bukit Keteri
02450 Kangar, Perlis
Tel: 04-938 2024

Rejimen 505 Askar Wataniah
Kem Teluk Sisik
25050 Kuantan, Pahang
Tel: 09-567 4229

Rejimen 506 Askar Wataniah
Kem Pengkalan Chepa
16100 Kota Bahru, Kelantan
Tel: 09-773 8800

Rejimen 507 Askar Wataniah
Kem Bukit Perwira
P.O.Box 11608
88817 Kota Kinabalu, Sabah
Tel: 088-212 620/628

Rejimen 508 Askar Wataniah
Kem Jalan Rasah
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel: 06-763 2411

Rejimen 509 Askar Wataniah
Kem Lebuh Raya Peel
10350 Pulau Pinang
Tel: 04-229 7001

Rejimen 510 Askar Wataniah
Kem Sri Rejang
96000 Sibu, Sarawak
Tel: 084-333 933

Rejimen 511 Askar Wataniah
Kem Ria Kompleks
93677 Kuching, Sarawak
Tel: 082-612 300

Rejimen 512 Askar Wataniah
Kem Padang Midin
21400 Kuala Berang, Terengganu
Tel: 09-619 1644/645

Rejimen 513 Askar Wataniah
Kem Jalan Kolam Air
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel: 04-420 3102

Rejimen 514 Askar Wataniah
Kem Bukit Beruang
75450 Melaka
Tel: 06-233 2123/2130

Rejimen 515 Askar Wataniah
Kem Wangsa Bukit Keramat
Jalan Buku Lima, Kuala Lumpur
Tel: 03-2264 3400
samb. Caw. Latih

Rejimen 516 Askar Wataniah
Kem Kukusan
91000 Tawau, Sabah
Tel: 089-772771

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI :

Markas Tentera Darat
Bahagian Pasukan Simpanan
Wisma Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 KUALA LUMPUR

Tel: 03-2071 3332/2283/2281/3330/3346/4401/2306
Faks: 03-26989235
 

Categories

Site Info

Followers

Rejimen 515 AW Kem Wangsa Bukit Keramat Copyright © 2009 DarkfolioZ is Designed by Bie Blogger Template for Ipietoon
In Collaboration With fifa