Rej 515 (AW) telah ditubuhkan pada 14 Jun 1997 bertempat di Kem Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Nukleus rejimen ini ditubuhkan dengan mengambil kekuatan Bn 1/502 (AW) yang bertempat di kem berkenaan.
Penubuhannya adalah berdasarkan arahan penubuhan Rej 513 (AW), Rej 514 (AW), Rej 515 (AW) dan Rej 516 (AW) serta penyusunan semula Rej 502 (AW), Rej 504 (AW), Rej 507 (AW) dan Rej 508 (AW) yang telah ditandatangani oleh Panglima Tentera Darat pada 18 Julai 1997. Rej 515 (AW) mengambil alih Kem Jalan Ampang selepas Rej 502 (AW) berpindah ke Kem Sg Buloh pada16 Jan 2006. Rej 515 (AW) akan kekal di Kem Jalan Ampang sementara Kem Transit siap dibina.
Sejarah pasukan bermula apabila tertubuhnya Bn 1/502 (AW) pada 1 Jan 1980. Kawasan tanggungjawab pasukan pada ketika itu adalah kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Gombak, Hulu Langat dan Petaling. Tarikh penubuhan Bn 1/502 (AW) adalah sama dengan tarikh penubuhan Rej 502 (AW).
Penubuhan Rej 515 (AW) dilaksanakan mengikut peringkat seperti berikut :
Peringkat Pertama - Pada 14 Jan hingga 31 Dis 1997 adalah penubuhan Nukleus Rejimen.
Peringkat Kedua - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 1998 adalah penubuhan Markas Rejimen dan Batalion Pertama.
Peringkat Ketiga - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 1999 adalah penubuhan Batalion Kedua.
Peringkat Keempat - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 2000 adalah penubuhan Batalion Ketiga.
Peringkat Kelima - Pada 1 Jan hingga 31 Dis 2001 adalah penubuhan Batalion Keempat (tidak diisi semasa aman).
Buat masa sekarang, saluran pemerintahan pasukan diletakkan di bawah perintah 12 Briged dan di bawah kawalan teknikal Bahagian Pasukan Simpanan, Markas Tentera Darat (MK TD – BPS). Segala pengurusan tadbir dan logistik Rej 515 (AW) dibantu oleh Rej 502 (AW). Bersesuaian dengan peranan dan tugas pasukan di masa aman, maka pelbagai aktiviti dilaksanakan dalam usaha menambahkan promosi pengambilan anggota sukarela bagi memenuhi perjawatan di pasukan. Rej 515 (AW) turut melaksanakan pelbagai jenis latihan bagi memantapkan tahap profesionalisme anggota sukarela di semua peringkat di samping menarik minat anggota untuk terus berkhidmat dengan pasukan.