KENAPA ASKAR WATANIAH PERLU DIBANGUNKAN
Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah.
PERTAMA - negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.
Ada beberapa sebab mengapa kita perlu membangunkan Askar Wataniah.
PERTAMA - negara kita tidak mampu menanggung kos pengurusan angkatan tetap yang besar.
KEDUA - aset negara yang kecil perlu dijurus menjadi dwi-fungsi, iaitu untuk membangun ekonomi negara dan untuk pertahanan negara melalui penglibatan dalam Askar Wataniah.
KETIGA - peperangan pada zaman ini bukan diantara dua angkatan tentera yang bermusuhan tetapi melibatkan seluruh negara dan rakyatnya. Oleh itu, kita perlukan rakyat yang berdaya `multi skills' dan berupaya menggunakan semua sumber negara secara bijaksana. Lantas dapat berfungsi menyokong jentera pertahanan negara dalam suasana getir.
KEEMPAT - saiz negara kita dan keadaan geografinya yang dipisahkan oleh Laut China Selatan memerlukan seluruh sumber negara di gembling bagi mewujudkan pertahanan kukuh dan saling membantu.
KELIMA - Dasar Pertahanan Negara (DPN) dengan jelas menerangkan bahawa dalam suasana konflik (negara bersiap sedia untuk berperang) semua sumber negara mesti dimobilisasikan.
KEENAM - kerajaan telah memutuskan untuk tidak mengimplementasikan `national service', maka, alternatif mewujudkan Pasukan Simpanan Tentera Darat yang mantap perlu direalisasikan.